SELAMAT DATANG KE LAMAN JURUKUR JAUHARI

Kepuasan Anda Kepuasan Kami

Mutiara Kata

Berfikir Itu Cahaya, Kelalaian Itu Kegelapan, Kejahilan Itu Kesesatan, Ego Kerana Kekayaan Itu Kemusnahan, Dan Manusia Yang Paling HINA Ialah Orang Yang Menganiayai Orang Bawahannya.


Friday, December 05, 2008

Asas Perlaksanaan Kerja Ukur

ASAS PELAKSANAAN KERJA UKUR
Sr. TUAN STIA HJ. TUAN SULONG

Bahagian Ukur dan Pemetaan
Institut Tanah dan Ukur Negara INSTUN
Pelaksanaan sesuatu kerja ukur memerlukan persediaan dari segi tenaga kerja, peralatan
dan dokumen kerjaluar. Tenaga kerja adalah satu pasukan kerjaluar yang terdiri dari
pegawai kerjaluar dan pembantu-pembantunya. Kualiti hasil kerja ukur sebahagian
besarnya bergantung kepada kemantapan dan keberkesanan pasukan kerja luar. Operasi kerja
ukur juga memerlukan peralatan yang bersesuaian dengan tempat kerja dan tujuan kerja ukur itu.

Secara amnya peralatan yang biasanya diperlukan ialah alat untuk mengukur bearing/jarak,
koordinat seperti Total Station, GPS, teodolit, rantai, pita ukur, kompas prismatik dan
seumpamanya mengikut keperluan dan kemampuan. Alat bantuan memproses seperti komputer, mesin kira, pembaris skala, alat tulis juga diperlukan. Keberkesanan pelaksanaan bagi sesuatu operasi kerja ukur sangat bergantung kepada dokumen kerja ukur seperti arahan kerja, pelan lokasi, maklumat berkaitan lot (nilai bearing, jarak, koordinat).

Terabas Ukur
Terabas ukur mengandungi suatu siri garisan yang berkesinambungan. Arah dan jarak garisan
tersebut diperolehi menerusi proses pengukuran dari satu titik kepada satu titik yang lain.
Terabas ukur terbahagi kepada dua jenis iaitu terabas terbuka dan terabas tertutup.

a) Terabas Terbuka
Terabas terbuka merupakan ukuran terhadap beberapa garisan yang bersambungan di mana
kerja pengukuran tidak ditamatkanIditutup pada stesen/garisan permulaan atau yang diketahui
nilai koordinat dan bearing/jaraknya. Rajah di bawah menunjukkan ukuran dimulakan pada
garisan 4-5 yang diketahui nilai bearing dan jaraknya tetapi ditamatkan pada garisan 8-9 yang
tidak diketahui nilai bearing dan jaraknya. Atau dimulai dari stesen yang diketahui/tidak diketahui nilai koordinat tetapi tidak ditamatkan pada stesen tersebut atau stesen yang diketahui nilai koordinatnya. Terabas terbuka tidak digalakkan diamalkan kerana jika terdapat kesilapan pada cerapan bearing dan jarak ianya tidak dapat dikesan melainkan ukuran semakan dijalankan terhadap terabas tersebut.

Klik Asas Perlaksanaan Kerja Ukur Untuk Mendapatkan Info Selanjutnya...

No comments:

Labels