Jurukur Jauhari adalah sebuah firma Jurukur Tanah Berlesen yang telah ditubuhkan oleh Zulkifli Bin Hassan pada September 2007. Zulkifli Bin Hassan adalah merupakan Jurukur Tanah Berlesen yang telah didaftarkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) di bawah Akta 458 Jurukur Tanah Berlesen 1958 (disemak 1991) pada 9 hb. Mac 2006.
Beliau mula menceburi bidang ukur pada tahun 1991 di mana beliau berkhidmat di bawah Syarikat Mahabob & Co. Apabila di anugerahkan sebagai Jurukur Tanah Berlesen beliau menyertai Syarikat Teraju Ukur sehingga Ogos 2007. Syarikat Jurukur Jauhari mempunyai pemilikan bumiputra sepenuhnya.
Bidang perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
1. Perunding Pembangunan Tanah
Kerja terlibat adalah :-
a) Penyediaan pelan pra-hitungan, draf hakmilik dan bagi urusan
pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman, pemberi milikan baru
dan hakmilik.
b) Ukuran kadastra dan hakmilik strata
2. Ukur topografi dan kejuruteraan
3. Ukur perlombongan dan hidrografi
4. Fotogrametri. GPS dan GIS
5. Ukuran kawalan (monitoring). “setting out”
Bagi mengekalkan kualiti dan kuantiti yang terbaik, pihak syarikat telah membuat pelaburan dengan membeli peralatan dan perisian berteknologi terkini dalam pasaran dan ianya dibantu oleh kerjasama kakitangan yang berdedikasi serta berpengatahuan dalam bidang ukur. Pihak kami berkeyakinan tinggi dapat memenuhi hasrat serta kehendak-kehendak pelanggan.
No comments:
Post a Comment